Friday, 31 January 2020

IS IT A SUCCESS OR A TEST

3 Disember diuji dengan pelbagai pahit dan manis.
Beberapa minggu sebelum, aku di saat meletakkan hati pada keadaan pasrah dan redha semampu mungkin bila tesis semakin payah, jalan untuk mendapat kerja hilang tanpa berita dan aku masih cuba untuk senyum dan berkata ya, semuanya baik-baik sahaja.

Di hari 3 Disember, Allah berikan perkhabaran rezeki kerja yang ditunggu. Teringat semula saat temuduga yang terakhir, akan niat jika itu adalah rezeki yang buatku lebih baik dan dekat kepada Dia, maka permudahkanlah. Lalu terimbau kembali dengan temuduga terdahhulu, di mana niat yang sama dituturkan tapi jawapan tuhan masih bukan, itu bukan tempatmu.

Senyum tak dapat ditahan sehingga mata ingin dipejam. Menerima khabar kematian sepupu terdekat, membuka mata dan memadam khabar gembira di siang harinya. Air mata menemani hingga pagi dan khabar gembiraku lenyap begitu saja. Dia pergi dalam keadaan mendapat redha kedua umi abahnya. Al-fatihah,dik.

Semua ini adalah permulaan untuk kesenangan mendatang InsyaAllah dengan izinNya. Dan ini semua adalah kenangan kepada permulaan perjalanan baruku dari tanggal 16 Disember hingga sekarang.

Pesan untuk diri, bukan senang untuk senang. Dan kesenangan juga adalah ujian.

No comments:

Post a Comment

IS IT A SUCCESS OR A TEST

3 Disember diuji dengan pelbagai pahit dan manis. Beberapa minggu sebelum, aku di saat meletakkan hati pada keadaan pasrah dan redha semamp...