Wednesday, 22 March 2017

ibrah di bumi tuhan

Secebis pengalaman setakat ini, sepanjang tempoh praktikal di jabatan radiologi sebuah hospital sedikit sebanyak membuat aku berfikir untuk mencedok sedikit sebanyak ibrah yang tuhan tunjukkan kepada aku.

Walaupun bukan pelajar kedoktoran, tetapi lebih kepada asas segala sains, apa lagi jika bukan fizik. Ibrah tuhan itu di mana-mana. Jika tidak mana mungkin Allah menjadikan manusia itu berakal dan rugi bagi kita jika tidak pernah terdetik untuk panjangkan sedikit akal fikiran untuk mengintai di mana Allah ingin tunjukkan pengajaran itu kepada kita.

Setiap hari menyelak insiden atau situasi di ruang jabatan, bila terpandang bukan saja yang lanjut usia malah juga bayi yang masih merah tapi sungguh Allah itu sangat menyayangi hambaNya. Pernah satu ketika, dengan bersahaja cuba berbual dengan seorang isteri yang sangat setia dengan suaminya. Meski sudah 30 tahun usia bahtera, namun tidak dikurniakan anak. Tapi, sungguh utuh cinta suami dan sungguh beruntung sang isteri.

Seorang reamaja belasan tahun, di kala muda dikesan mempunyai cyst atau ketumbuhan di bahagian ovari. Manakala kita Alhamdulillah Allah berikan nikmat sihat di kala umur seperti itu. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

Sungguh, hanya satu sebenarnya.

Ssesungguhnya, jangan pernah merungut apabila diuji dengan sedikit kesakitan, apalagi jika hanya suhu badan tidak normal. Selain kamu, masih ada yang lagi derita dari itu. Jangan pernah salahkan takdir, kerana takdir itu boleh diubah dengan doa. Jangan sombong untuk terus berdoa. Allah sangat menunggu usaha daripada kita kerana usaha itu lagi bernilai dari hasilnya.

No comments:

Post a Comment

IS IT A SUCCESS OR A TEST

3 Disember diuji dengan pelbagai pahit dan manis. Beberapa minggu sebelum, aku di saat meletakkan hati pada keadaan pasrah dan redha semamp...