Friday, 7 April 2017

Sempurna

Bila sebut tentang sempurna, apa first impression kita? kaya, cantik, pandai...semuanya yang baik-baik.Yang positif sje. Agak jarang kalau jumpa yang kata tengah dapat masalah,,tetiba rasa hidup dia sempurna.

Ya.
Hidup memang tak sempurna.
Tak sempurna sebab kita terlalu obses akan kesempurnaan.
Tak sedar, terlalu ralit
Mencari ketidaksempurnaan dalam sesuatu yang sememangnya sudah sempurna.

Tuhan itu adil. Allah Maha Adil
Cuma manusia itu, kadang kadang..
Bukan kadang- kadang, selalu saja
Cepat menghukum takdir tuhan
Merasa diri tidak sebahagia yang lain.

Kerana apa?
Kerana terlalu memandang yang lebih, yang atas, yang tinggi
sempurna mereka di mata manusia
Tidak sedar, alpa
Dengan dari mana datang asal usulnya.

Cuma kata-kata untuk tarbiah hati
Yang juga tidak kurang dari mereka
Yang sentiasa mencari sempurna

Hidup itu adakalanya seperti teka silangkata
Kita asyik mencari abjad untuk lengkapi frasa
Frasa yang terbit dari kotak hati
Terlalu fokus pada apa yang ingin kita beri
Pada teka silangkata itu.

Padahal,
Dengan abjad yang ada,
Frasa lain boleh kita ubah,
Dan lengkapi dengan abjad yang ada.

Jadikan masalah itu bukan penghalang untuk kita. Ketidaksempurnaan bukanlah sebegitu cacat untuk hadir dalam hidup kita. Bersyukur, mohon Allah kuatkan hati,mohon Allah berkati tiap usia yang ada, untuk kita terus mengucap syukur atas apa yang Allah beri.

Semoga Allah memberkati usaha kita dalam mensyukuri apa jua yang Allah bagi. Dan dengan itu, InsyaALLAH jangan pernah sangsi dengan rezeki.

Jangan mencari sempurna. Ia tidak akan pernah ketemu.
Cari sempurna itu kepada Allah dan tambah kan perasaan mu dengan Allah.
Sesungguhnya Allah pemegang hati kita.

For every single breath, may Allah bless.
Live well.

No comments:

Post a Comment

IS IT A SUCCESS OR A TEST

3 Disember diuji dengan pelbagai pahit dan manis. Beberapa minggu sebelum, aku di saat meletakkan hati pada keadaan pasrah dan redha semamp...